2 Apr 2012

AYAM PENYET & PECEL LELEH @ LC CATERING JOHOR BAHRU


Hidangan Ayam Penyet sekarang ini seolah-oleh sudah menjadi satu trend pulak. Dimana-mana kedai makan mesti ada menyediakan menu Ayam Penyet.

Penulis sudah beberapa kali menikmati Ayam Penyet. Antara kedai makan yang penulis pernah terjah untuk mencuba Ayam Penyet ialah di LC Catering yang terletak di Jalan Tebrau, Johor Bahru. 

LC Catering merupakan salah satu tempat makan yang agak popular di sekitar JB. Kalau tidak silap penulis, waktu perniagaannya adalah 24 jam.


 (Air jambu campur serbuk asam + jus epal hijau)

(Pecel Leleh) 


(Ayam Penyet + Tempe & Tauhu Goreng + Ulam + Sambal Belacan) 


Selain daripada hidangan Ayam Penyet & Pecel Leleh, LC Catering juga menyediakan menu lain seperti Mee Hailam, Beef Bee Hoon, Kuew Tiow Kungfu & Makanan Barat seperti Chicken Chop, Lamb Chop dll.

Parking agak mudah didapati dan servisnya juga agak cepat. So, tak payah tunggu lama.

Alamat Perniagaan:
No. 30, Jalan Balau 1 (Jalan Tebrau)
Taman Melodies, JB
Tel: 07-335 7355


6 comments:

  1. wow!!
    teringin nak mencubanya..
    ehehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu turun jb jgn lupa singgah sini bro....alamat pn dah ada....

      Delete
  2. peh, jadi lapar balik dibuatnya ni..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Kena jauh sikit parking laa..blh jgk parking dkt pam minyak caltex

      Delete

Perhatian:
1. Komen yang tidak sopan & "spam" akan dipadam.
2. Komen hanya boleh dibuat melalui versi "Mobile" sahaja.