4 Apr 2012

Murtabak Kg Melayu Majidee


Kg. Melayu Majidee memang amat terkenal dengan beberapa tempat makan sedap yang selalu menjadi tumpuan penduduk di sekitar Johor Bahru dan Singapura. Wife Cool Daddy sendiri berasal dari Kg Melayu Majidee.


Antara tarikan yang terdapat di Kg Melayu Majidee adalah Murtabak. Kalau tak silap, ada lebih kurang 3 pengusaha murtabak popular di sini. Antaranya Murtabak Rafi (Man Tomok), Majid Murtabak Larkin dan Murtabak Azo 96.


(Pembuat Murtabak Azo 96)

Cool Daddy pernah merasa murtabak daripada ketiga-tiga pengusaha di atas. Masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri daripada segi rasa kuah, rasa isi murtabak dan kegaringan murtabak itu sendiri.

Harga murtabak lebih kurang sama iaitu dari RM7 (murtabak biasa) hingga RM12 (murtabak special).

(Suasana di Restoran Rafi (Man Tomok)

Murtabak Rafi (Man Tomok) dan Majid Murtabak Larkin terletak berhadapan dengan Pasar Kg Melayu Majidee dan dipisahkan oleh 2 unit kedai sahaja. Majid Murtabak Larkin menyewa lot di Restoran Faridah.

Manakala Murtabak Azo 96 terletak berhadapan dengan Masjid Kg. Melayu Majidee.

Murtabak di Kg Melayu Majidee lazimnya menjadi tumpuan ramai ketika di bulan puasa. 


Note: Point A adalah lokasi Murtabak Rafi (Man Tomok) & Majid Murtabak Larkin. Point B adalah lokasi Murtabak Azo 96.

Gambar : Kredit 2 Blog Makan2Jalan2

24 comments:

  1. Murtabak ni nampak sedap, lembut, macam murtabak belah2 utara kot. Teringin juga nak cuba jika sampai jb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gerenti mmg sedap DH...Klu Yusdi blk jb blhlah ikut dia...

      Delete
  2. Lama tak kena Murtabak ni. Besar woooooo! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kg melayu majidee dgn skudai x jauh mana pon...wpun besar sorg pn blh settle...

      Delete
    2. Kalau dah ada di Skudai, memang malas nak ke Kg Melayu :D

      Delete
    3. Betul tu..jimat minyak & tenaga

      Delete
  3. pehh..macam sedap aje nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. confirm sedap bro...antara yg femes dkt JB...

      Delete
  4. jaga- perut saya udah lapar

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut air liur tuu meleleh...hehe..

      Delete
  5. murtabak sllu makan masa bulan puasa jer bro hee..sesekli pekena mmg mau gak menambah 2 kali ahakssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. dkt JB murtabak menjadi pilihan setiap masa..klu bulan puasa permintaan lg tinggi berbanding bulan2 biasa...

      Delete
  6. Tak pernah try lagi murtabak JB. Hari tu ke Singpore, sempat try yang sana punya. Sedap gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xper bro...takde rezeki nampaknya...lain kali klu turun JB jgn lupa pekena Murtabak Kg Melayu Majidee..sure no regret at all...

      Delete
  7. Alamak, rugilah pulak tak try hari tu...huhu

    InsyaAllah, lain kali lalu, mesti try murtabak jb ni..nmpak lain dari yg lain....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tahu lokasi, lain kali senang nk cari..murtabak dia isi tebal, pakai 2 biji telur..tu yg nampk lg special...

      Delete
  8. fuh..kalau berpeluang..nak juga rasa ni..

    ReplyDelete
  9. Yeappp...... sempat gak rasa makan murtabak nie masa pegi duty travel kat ofis Johor dulu... memang best laa.... teruja punya pasal.... sekeping saya makan sorang je.... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang legend blh habis sekeping..lps makan pasti tersandar...

      Delete
  10. Replies
    1. Insyaallah ada..rugi lah klu tak jual psl ada permintaan

      Delete
  11. sedapnya . kalau kat kuantan kita ada murtabak mengkasar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah dgr murtabak Makassar..Tp blm berpeluang utk mencubanya

      Delete

Perhatian:
1. Komen yang tidak sopan & "spam" akan dipadam.
2. Komen hanya boleh dibuat melalui versi "Mobile" sahaja.