30 Mar 2013

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH


Bahang Pilihanraya ke-13 (PRU-13) makin terasa. Di sana sini sudah banyak kelihatan bendera parti politik dipasang. Di sepanjang jalan, atas jambatan, atas pokok, rumah flat dan di segala jenis tiang.

Tak kurang juga ceramah-ceramah politik yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan juga pembangkang. 


Tak kisahlah parti politik mana yang korang nak sokong, yang penting korang jangan sampai terlupa untuk mendaftar sebagai pengundi yang sah. Jangan sampai korang jadi "Pengundi Hantu" atau pengundi "Atas Pagar" sudahlah.

Kalau masih rasa ragu-ragu samada korang sudah mendaftar sebagai pengundi ke belum, korang boleh buat semakan secara online melalui laman web PRU Ke-13 Online. Tak perlu bersesak-sesak ke pejabat SPR atau Pejabat Pos.

Hasil semakan melalui laman web PRU Ke-13 Online seperti screen shot di bawah ini :-


Sebelum ini dah dua kali aku pergi mengundi atas rasa tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Alhamdulilah, kesemua calon DUN dan PARLIMEN yang aku undi meraih kemenangan.

Sebelum menutup entri kali ini, jom kita layan lagu "Mari Mengundi" yang amat popular ketika musim pilihanraya.



1 comments:

  1. Waalaikumsalam..amat berpatutan harga pakej umrah tuu..tp syg sya bru saja mendaftar dgn andalusia di bdr baru uda..

    ReplyDelete

Perhatian:
1. Komen yang tidak sopan & "spam" akan dipadam.
2. Komen hanya boleh dibuat melalui versi "Mobile" sahaja.