31 Jan 2015

Piala Sumbangsih 2015; Perlawanan di Antara Johor Darul Takzim (JDT) & Pahang

Bismillahirrahmanirrahim...


Ini merupakan perlawanan pembukaan bola sepak Malaysia musim 2015. Perlawanan Piala Sumbangsih 2015 membabitkan dua pasukan ternama iaitu Johor Darul Takzim (JDT) dan Pahang (Tok Gajah). 



Untuk rekod, JDT merupakan Juara Liga Super 2014 manakala Pahang memenangi Piala Malaysia dan Piala FA musim 2014. Kali terakhir mereka bertemu pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1/11/2014. 

Perlawanan Piala Sumbangsih 2015 akan diadakan pada malam ini (Sabtu 31/1/2015) di Stadium Tan Sri Hassan Yunis aka Stadium Larkin.  Kedua-dua pasukan dijangka menyajikan persembahan yang mantap dan menarik.

Di khabarkan ada penyokong pasukan JDT yang telah berkhemah di kawasan luar Stadium Larkin sejak malam semalam (Jumaat) untuk mendapatkan tiket perlawanan.

Bagi pemegang kad bermusim JDT (season card) pula, mereka boleh datang ke stadium lewat kerana tempat duduk mereka sudah terjamin siap dengan nombor kerusi sekali. 

(Lorong Yang Pernah Menimbulkan Kontroversi Sebelum Ini. Sumber Gambar)
Tidak dapat dinafikan, ramai penyokong JDT yang teruja untuk menyaksikan perlawanan malam ini. Mereka juga teruja untuk melihat sendiri keadaan dalaman Stadium Larkin yang telah menjalani proses transformasi besar-besaran yang menelan belanja jutaan ringgit.

Apapun, aku pun tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan ini. Di harap tiada insiden yang tidak baik berlaku di antara para pemain dan juga para penyokong kedua-dua pasukan. Kalah dan menang sudah menjadi adat dalam sesuatu permainan.

Nota Kaki:
Keputusan Penuh; JDT 2 - Pahang 0

Tahniah buat pasukan JDT kerana berjaya memenangi Piala Sumbangsih 2015. Permulaan musim 2015 yang agak memberangsangkan. 


16 comments:

  1. Replies
    1. Piala pertama utk musim 2015..harus kumpul piala lagi

      Delete
  2. Replies
    1. Kekalahan di final piala malaysia..terima kasih..

      Delete
  3. selama JDT semoga makin semangan mengharungi kompetisi liga bola sepak Malaysia.
    salam kenal bang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kompetisi mmg agak sengit..Tp mulai musim 2015 dgn bergaya..
      salam kenal & terima kasih gan..

      Delete
  4. Congratulation buat JDT...Smoga musim 2015 Team JDT bisa berjaya kembali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan sokong mantap drp peminat, saya yakin JDT bisa berjaya tahun ini..

      Delete
  5. seronok nian tentu jika bisa menyaksikan Johor bertanding.
    salam regards untuk JDT!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saksikan JDT di kaca TV saja..stadium selalu penuh..

      Delete
  6. semoga kompetisi setahun ke depan lancar dan tentunya JDT berjaya kembali!

    ReplyDelete

Perhatian:
1. Komen yang tidak sopan & "spam" akan dipadam.
2. Komen hanya boleh dibuat melalui versi "Mobile" sahaja.