Showing posts with label Senibong seafood village. Show all posts
Showing posts with label Senibong seafood village. Show all posts

23 Jan 2012

SENIBONG SEAFOOD VILLAGE

Bismilahhirahmannirahim...

Restoran Selera Senibong Seafood @ Senibong Seafood Village.

Untuk post yang pertama ini, aku ingin berkongsi satu tempat makan yang istimewa di Johor Bahru iaitu di Kampung Senibong. 

Ianya terletak di dalam kawasan Bandar Baru Permas Jaya. Landmark utama ialah AEON Permas Jaya. Tempat ini amat terkenal di kalangan penggemar makanan laut samada warga JB ataupun warga seberang tambak, Singapura.



Di Senibong Seafood Village terdapat beberapa buah restoran yang menjual berbagai jenis makanan laut yang segar. Antaranya ketam bangkang, siput gong-gong, udang, udang kara (lobster), kupang dan berbagai jenis ikan.

Aku memang sudah banyak kali datang menjamu selera di Senibong Seafood Village. Restoran pilihan utama tidak lain dan tidak bukan ialah Selera Senibong Seafood (SSS) yang diusahakan oleh dua beradik iaitu Mohd Fauzi Saadon dan Hasbullah (Lah).

(Pemilik Restoran Selera Senibong Seafood menunjukkan antara 
makanan laut yang menjadi kegemaraan pelanggannya. 
Kredit Gambar; MummyNemo.Com)

Bila samai sini, bisanya aku akan memesan kupang masak sambal telur, udang goreng butter/nestum, ketam bangkang masak cili dan ikan masak lemak cili api. Jangan risau pasal harga kerana harga yang dikenakan adalah amat berpatutan.

Selain daripada makanan yang sedap-sedap, restorannya terletak di atas air. Sambil menjamu selera boleh menikmati pemandangan dan angin Selat Johor dan Singapura. 


Senibong Seafood Village pernah diterjah oleh krew Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) musim 2011 yang dihoskan oleh Qi Razali.

Walaupun tempat ini dikunjungi ramai orang terutamanya pada malam minggu, cuti umum dan musim perayaan, anda tak perlu risau kerana ruang letak kenderaan adalah mencukupi dan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Senibong.

Jika anda mempunyai alahan terhadap makanan laut, boleh cuba makan Nasi Lemak Malam Indah Selalu yang terletak bersebelahan dengan Restoran Selera Senibong Seafood.

View Larger Map