8 May 2016

Restoran Al-Hanin (Middle Eastern Restaurant)

Bismilahhirahmannirahim...


Diam tak diam dah lebih setahun blog ini tidak dikemaskini. Tiada alasan lain yang lebih sesuai aku berikan selain daripada faktor kemalasan.

Ok. Entri kali ini aku dedikasikan kepada semua penggemar ataupun mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan masakan dari timur tengah seperti Nasi Arab Hadramawt, Nasi Arab Mandhi etc.

(Restoran Al Hanin Cawangan Taman Rinting - Masai)

Restoran Al Hanin adalah tempat yang patut korang kunjungi.

Sudah 2 kali aku merasai keenakan Nasi Arab Mandhi Ayam & Kambing restoran ini. Kali pertama semasa dalam perjalanan balik dari Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) di Masjid Al-Falah Bandar Seri Alam awal tahun 2016. Kali kedua pada bulan lepas, datang makan di Restoran Al Hanin yang terletak di Taman Rinting, Masai (bersebelahan dengan bangunan Kumpulan Perubatan Penawar dan sebaris dengan 7E). 

Seriously memang terasa perapan rempah ratus dari timur tengah yang digunakan. Daging ayam & kambingnya pula dimasak dengan amat baik sekali. Tekstur daging kambingnya amat lembut tetapi tidak sampai hancur. 

(Nasi Arab Kambing)
(Nasi Arab Ayam)

Dengarnya pemilik restoran tersebut menggunakan dapur tanah bagi tujuan memasak daging kambing. Dan dengarnya lagi tukang masaknya dibawa khas dari negara timur tengah.

Di Restoran Al Hanin, korang boleh memilik untuk makan secara ala carte atau makan secara beramai-ramai dalam dulang (ikut sunnah Nabi Muhammad SAW). 

(Nasi Arab dalam dulang. Lauk boleh campur)
(Nasi Arab Ikan Goreng memang rare)

Kini Restoran Al Hanin sudah pun mempunyai 4 cawangan yang terletak di Taman Rinting - Masai, Taman Perling - Johor Bahru, Taman Bukit Dahlia - Pasir Gudang dan Taman Pulai Perdana - Skudai. Perkhidmatan penghantaran ke kawasan yang berdekatan juga ada disediakan.

Waktu Operasi : 11pagi hingga 11malam setiap hari.
Hotline : 016-7474 898
Laman Web : www.al-hanin.com
FB Page : RestoranAlHanin

So, jika anda teringin untuk merasai masakan dari timur tengah bersama ahli keluarga, rakan-rakan, GF/BF/BFF bolehlah datang menjamu selera di Restoran Al Hanin. Anda pasti tidak akan kecewa dengan kualiti makanannya, harganya dan juga layanannya.

p/s: gambar-gambar diatas diambil dari FB Page Restoran Al Hanin
  

5 comments:

  1. aku suka makan, tapi cepat full. kalau macam ni jamuan dia, mau 2 orang makan ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu tak habis makan boleh tapau bro..hehe..

      Delete
  2. pernah makan sekali..dekat denga rumah saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mar mansor ddk mana? Tmn rinting, seri alam

      Delete

Perhatian:
1. Komen yang tidak sopan & "spam" akan dipadam.
2. Komen hanya boleh dibuat melalui versi "Mobile" sahaja.